Followers

Tuesday, October 12, 2010

TRAJEDI 10.10.10

Pada tarikh 10.10.10 pukul 8 p.m. saya dari klang dalam perjalanan pulang ke melaka. sampai di lebuhraya senawang,tiba-tiba ada kesesakan jalanraya yang amat teruk!! perjalanan kami dijangka tiba pada pukul 10 p.m dengan hanya mengambil masa 2 jam sahaja.

Tapi disebabkan kesesakan itu,saya sampai pada pukul 2.30 a.m keesokan harinya.. Fuh penat gila!!badan, pinggang, bahu, saya semuanya sakit-sakit dan sengal disebabkan tidur dalam keadaan duduk yang sangat lama!!

Tapi,apalah sangat keluhan saya ini kalau nak dibandingkan dengan KEsakitan, KEbuntuan, KEsedihan, KEperitan dan bermacam-macam KE lagi...yang dialami penumpang bas express yang mengalami kemalangan yang tragis yang menyebabkan kesesakan jalanraya yang saya alami itu..







p/s: Berhati-hati di jalan raya! Ingat lah orang yang tersayang.. (Sayu hati saya bila lalu depan tempat kejadian tersebut.. :(

No comments:

Post a Comment